Isnin, 20 Februari 2012

Mengingati Mati



Sabda Nabi Muhammad SAW :

PERTAMA

Akan datang, kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka kepada 5 perkara :

1. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati
2. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab
3. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur
4. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat
5. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah

KEDUA

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :
1. Hartanya untuk diwarisinya
2. Nyawanya untuk Malaikat Maut
3. Dagingnya untuk ulat-ulat
4. Tulangnya untuk tanah
5. Amalannya untuk kebajikan adalah untuk orang yang dianiayainya.

KETIGA

Apabila bercerailah nyawa dari badan, maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali
1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau ?
2. Hai Anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau ?
3. Hai Anak Adam, adakah engkau bunuh dunia, atau dunia bunuhkan engkau ?

KEEMPAT

Apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah suara dari langit 3 kali :

1. Hai Anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat ? Mengapa jadi lemah ?
2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah berakap ? Mengapa diam ?
3. Hai anak Adam, di manakah kekasih engkau ? Mengapakah engkau jadi meliar ?

KELIMA

Apabila dibawa di atas kain kapan, maka menyeru suara dari langit 3 kali :
1. Hai anak Adam, engkau berjalan dengan perjalanan yang jauh, dengan tiada berbekal ?
2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah, tiada engkau kembali selama-lamanya ?
3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan, maka engkau tiada kenderaan selama-lamanya ? Dan engkau berpindah ke negeri yang huru-hara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan