1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yg selalu dikaitkan dgn berlakunya hari kiamat.
Dlm suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorg yg
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yg terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,
Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari
syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat adalah hari
yg sangat2 istimewa kerana agama kita sendiri yg meletakkan Jumaat itu
ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari2 yg lain.
Dlm suatu hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah yg
bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yg mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorg muslim yg mati pada hari Jumaat atau pun
malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan
manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih
lagi. Mana yg dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas.
Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, potonglah.
Ibnu Masud
berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi
mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika
imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya,
kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang
dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara
khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis
daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat
yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana
tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah
menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu
itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa
beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar
bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yg paling mustajab itu
adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai
didirikan.
TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua,
marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa,
untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini
sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita
mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan
segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak
macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya
macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka
jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat,
berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut
barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi
setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik,
sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba
betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari
Sayidul aiyam ini. Subhanallah…